mamashyma

never ever give up trying, because what you are looking for might be right at the next corner.

Monday, March 14, 2011



semenjak kucing kesayangan keluargaku mati, suasana dalam rumahku sunyi. tiada lagi yang boleh dibawa bermain, bergurau. tiada lagi yang menyambutku di depan pintu apabila aku balik kg setiap hujung minggu. tiada lagi yang bergolek-golek manja apabila kupanggil. tiada lagi yang main sembunyi2 di belakang sofa. tiada lagi yang mau kucayang-cayang. aku msh terkenang-kenang kemanjaannya, pandangan matanya yang jernih dan merayu, suaranya yg masih mcm anak kucing walaupun dia sudah berusia 4 thn, bulunya yang halus, coraknya nya unik. hendak kuganti dengan yang baru namun aku dan anak2ku tidak sanggup mengalami kesedihan yang sama bila kehilangan sesuatu yang sangat kita sayangi. apatah lagi dia menggelupur kesakitan sebelum kematiannya di depan mata anak2ku. namun aku dan anak2ku redha bhw itu memang sudah waktunya. walaupun kami menjaganya bagai minyak yang penuh, diberi makanan yang perkhasiat, dibawa berjumpa doktor haiwan bila sakit, selain pemeriksaan berkala, namun apakan daya kalau umurnya hanya setakat itu. tapi aku tetap masih merasa kehilangannya....

No comments:

Post a Comment